Selasa, 20 Oktober 2015 | 4:12pm

Malaysia nikmati keutamaan akses pasaran menerusi TPP - Mustapa

MENTERI Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohammed (tiga dari kanan) hadir pada Majlis pelancaran SME Corp. Malaysia eSCORE atau penarafan daya saing PKS bagi peningkatan (SCORE) secara dalam talian di Dewan Mahkota, Platinum Sentral, Kuala Lumpur. Turut bersama, Menteri II MITI, Datuk Ong Ka Chuan (empat dari kiri); Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid (dua dari kiri); Timbalan Menteri (Industri) MITI, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kanan) dan Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia, Datuk Hafsaf Hashim (kanan). - Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) membolehkan Malaysia menikmati keutamaan untuk akses pasaran khususnya ke empat pasaran Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang baharu iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kebanyakan duti import pasaran berkenaan akan dimansuhkan sebaik saja TPP berkuat kuasa. 

Sebagai contoh, katanya, dengan TPP, duti import bagi hampir 73 peratus daripada eksport barangan tekstil ke Amerika Syarikat (AS) akan dimansuhkan serta merta.

"Tanpa TPP, hanya 11 peratus daripada eksport tekstil ke AS akan menikmati duti import sifar. 

"Selain itu, TPP juga akan memansuhkan duti import bagi produk eksport utama Malaysia seperti elektrik dan elektronik, barangan getah, minyak sawit, alat ganti automotif serta produk kayu ke pasaran TPP khususnya ke AS, Kanada, Mexico dan Peru," katanya menjawab soalan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) di Dewan Rakyat hari ini.

Berita Harian X