Selasa, 20 Oktober 2015 | 6:29pm

Messi, Ronaldo, Neymar calon pemain terbaik dunia


epa04981691 FC Barcelona's Neymar Jr. celebrates after scoring the 3-1 goal against Rayo Vallecano during the Spanish Liga Primera Division soccer match between Barcelona and Rayo Vallecano at Camp Nou, in Barcelona, Spain, 17 October 2015. EPA/ALBERTO ESTEVEZ

PARIS: Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona menguasai senarai pendek calon anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d'Or Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan, hari ini.

Daripada 23 nama yang disenaraikan, kelab berkenaan mempunyai enam wakil termasuk calon pilihan, Lionel Messi selain Javier Mascherano (Argentina), Andres Iniesta (Sepanyol), Neymar (Brazil), Ivan Rakitic (Croatia) dan Luis Suarez (Uruguay).

Calon lain adalah pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya dari Real Madrid, Gareth Bale dan Karim Benzema.

Juara Liga Jerman, Bayern Munich juga mempunyai lima wakil dengan pemenang bagi anugerah berprestij itu akan diumumkan pada satu majlis di Zurich, Switzerland pada 11 Januari.

Berikut adalah senarai 23 calon bagi anugerah Ballon d'Or, tahun ini.

BARCELONA: Andres Iniesta (Sepanyol), Javier Mascherano (Argentina), Lionel Messi (Argentina), Neymar (Brazil/Barcelona), Ivan Rakitic (Croatia), Luis Suarez (Uruguay).

BAYERN MUNICH: Robert Lewandowski (Poland), Arturo Vidal (Chile), Arjen Robben (Belanda), Manuel Neuer (Jerman), Thomas Müller (Jerman).

REAL MADRID: Gareth Bale (Wales), Karim Benzema (Perancis), Cristiano Ronaldo (Portugal), Toni Kroos (Jerman), James Rodriguez (Colombia).

MANCHESTER CITY: Sergio Aguero (Argentina), Yaya Touré (Ivory Coast).

VfL WOLFSBURG: Kevin De Bruyne (Belgium).

CHELSEA: Eden Hazard (Belgium).

PARIS ST GERMAIN: Zlatan Ibrahimovic (Sweden).

JUVENTUS: Paul Pogba (Perancis).

ARSENAL: Alexis Sanchez (Chile).

- AFP

Berita Harian X