Rabu, 21 Oktober 2015 | 1:07pm
PASIR GUDANG 18 October 2015.( BH JBH280C / METRO JB735C / JB736C ) Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. NSTP/Zain Ahmed
PASIR GUDANG 18 October 2015.( BH JBH280C / METRO JB735C / JB736C ) Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. NSTP/Zain Ahmed

Khaled Nordin akan terima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UTM

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan dikurniakan anugerah khas, Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-55.

Naib Canselor UTM, Datuk Prof Ir Wahid Omar, berkata Presiden Imperial College di London, Prof Alice Gast pula akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan pada majlis konvokesyen dari 24 hingga 26 Oktober ini.

Katanya, majlis pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada sesi pertama majlis konvokesyen yang akan berlangsung di Dewan Iskandar UTM, di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X