Khamis, 22 Oktober 2015 | 11:40am

FIFA kini siasat pula Beckenbauer


LEGENDA bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer.

PARIS: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan mereka sedang menjalankan siasatan ke atas legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer dan pegawai kanan bola sepak Sepanyol, Angel Maria Villar Llona.

Kenyataan badan induk berkenaan pada Rabu menyebut, maklumat siasatan membabitkan dakwaan salah guna kuasa ke atas mereka itu kini di tangan Jawatankuasa Etika FIFA yang kemudian akan membuat keputusan.

Dalam pada itu, FIFA turut mengesahkan buat pertama kalinya, presiden badan induk bola sepak berkenaan, Sepp Blatter dan pemimpin Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini yang kini menjalani penggantungan, sedang dalam siasatan.

Badan itu berharap kes kedua-duanya akan dapat diputuskan sebelum penggantungan mereka selama 90 hari berakhir. - AFP

48 dibaca
Berita Harian X