Khamis, 22 Oktober 2015 | 4:19pm
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Panglima Setia Angkatan Tentera kepada Mejar Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2015 di Istana Negara hari ini.- Foto BERNAMA
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Panglima Setia Angkatan Tentera kepada Laksmana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2015 di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Agong kurnia 192 pingat darjah kepahlawanan ATM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, berkenan mengurniakan Pingat Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada 192 penerima di Istana Negara di sini, hari ini.

Seri Paduka mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) Kehormat kepada tujuh pegawai kanan tentera didahului oleh Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Osman.

Enam lagi adalah Mejar Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal, Mejar Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Laksada (Laksamana Muda) Datuk Pahlawan Mohamad Adib Abdul Samad, Laksda Datuk Khairul Anuar Yahya, Laksda Abdul Rahman Ayob dan Mejar Jeneral Datuk Abdul Mutalib Abd Wahab.

Hadir sama pada istiadat itu adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sebanyak 13 pegawai ATM menerima darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), 75 menerima Kesatria Angkatan Tentera dan 97 menerima Darjah Bentara Angkatan Tentera. - BERNAMA

Berita Harian X