Jumaat, 23 Oktober 2015 | 3:57pm
ANTARA babak menarik filem Love, Supermoon lakonan Nadiya Nisaa.
NADIYA membawakan watak Triz dalam Filem Love, Supermoon.
NADIYA yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi FFM ke-27.

Farid Kamil antara 'wishlist' pelakon kegemaran Nadiya Nisaa

PELAKON Nadiya Nisa.

KUALA LUMPUR: Pernah bergandingan dan berlakon di sisi pelakon lelaki hebat antaranya seperti Aaron Aziz, Remy Ishak, Bront Palarae dan Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk bersatu dengan Farid Kamil menerusi filem Love, Supermoon terbitan Grand Brilliance dan diarahkan Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Filem bercorak romantik komedi itu sudah mula ditayangkan sejak 22 November lalu. Nadiya membawakan watak Triz manakala Farid pula memegang watak sebagai Doktor Razak.

Sebelum ini, Farid dalam temubual di BH Plus mengakui dia sangat tercabar dan terpukul dengan penangan lakonan Nadiya di dalam filem itu.

Ternyata Nadiya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi FFM ke-27 ini terus cemerlang membawakan transformasi watak Triz dari remaja hingga dewasa. Malah keserasian antara Nadiya dan Farid juga wujud biarpun pertama kali berlakon sama.

"Siapa yang tak nak berlakon dengan dia (Farid)? Apabila diberitahu oleh penerbit, saya bersetuju untuk digandingkan dengannya. Ketika penggambaran pada Ramadan 2012, Farid belum berkahwin lagi dengan Diana Danielle. Jadi memang tak ada isu berbangkit membabitkan adegan romantik.

"Sebelum bergandingan, kami memang saling mengenali. Jadi memang tak ada masalah untuk bekerjasama. Tapi saya pada mulanya tak menafikan cukup berdebar kerana ini kali pertama kami berlakon sama," kata Pelakon Wanita Komedi Terbaik dalam filem Gila Baby pada Anugerah Lawak Warna 2015.

Berita Harian X