Sabtu, 31 Oktober 2015 | 12:07am

Mi Sedaap goreng ladna asli

MI Sedaap goreng ladna asli. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
MI Sedaap goreng ladna asli. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

SERING kali kita gunakan mi kuning untuk masakan berkuah seperti bandung, Siam, hailam dan sebagainya. Namun, pasti terasa bosan menjamu mi untuk setiap hidangan, bukan?

Apa kata cuba resipi baharu menggunakan mi segera seperti produk keluaran Mi Sedaap sebagai bahan utama, kemudian menambah bahan lain bagi memberikan kelainan.

Mungkin kedengaran pelik pada asalnya kerana Mi Sedaap sinonim dengan masakan goreng sahaja, namun kombinasi itu dilihat mencetus keterujaan penonton ketika pertunjukan masakan yang diadakan pada Fiesta Muslimah BH 2015 di Pusat Pameran MATRADE, baru-baru ini.

Mi Sedaap menjemput cef berpengalaman iaitu Cef Hafiz Din Ahmad bagi menunjukkan cara sebenar mempelbagaikan resipi dengan hanya menggunakan produk Mi Sedaap sebagai bahan utama.

Beliau berkata, setiap perencah dihasilkan bermutu tinggi dan sememangnya mempunyai rasa mengagumkan. Namun, penambahan pelbagai bahan lain seperti sayur dan daging bakal memberi keenakan berganda.

"Sebenarnya, tidak perlu tambah bahan lain pun, ia sudah cukup sedap. Tetapi, pasti seronok jika mempelbagaikan resipi supaya menarik perhatian anak, keluarga dan kawan ketika menjamu selera.

"Struktur mi segera tidak akan berubah, malah tindak balas sempurna dapat dilihat apabila hidangan sudah siap dimasak," katanya.

Cef Hafiz Din berkata, kanak-kanak adalah antara golongan yang paling menggemari mi segera, oleh itu, menu ini sangat sesuai disediakan khusus buat mereka.

"Oleh kerana ia kenyal, ditambah kuah yang boleh dihirup, Mi Sedaap Goreng Ladna Asli ini sangat sesuai buat kanak-kanak kecil berusia tujuh tahun hingga 12 tahun.

"Malahan, tekak mereka tidak akan kering atau tercekik kerana menu ini dihasilkan penuh berkuah, menepati cita rasa kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata, tiada penambahan bahan pada perisa yang boleh membahayakan kanak-kanak pada setiap pek mi segera keluaran Mi Sedaap dan oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau akan kesan buruk kepada mereka kelak.

Cef Hafiz Din berkata, sajian itu mudah disediakan dan tidak terlalu sarat kandungan karbohidrat serta nutrien yang diperlukan badan. Oleh itu, sesiapa saja boleh memakannya.

"Ia sangat sesuai jika dihidang ketika majlis keramaian, jamuan atau minum petang bersama ahli keluarga. Beri kelainan supaya setiap pengunjung kagum dengan kombinasi menakjubkan yang jarang dilakukan orang lain, dihasilkan hanya menggunakan satu pek mi segera," katanya.

Bahan:

 

Bahan A
2 paket Mi Sedaap Perisa Asli
2 biji telur

 

Bahan B
100 gram (g) isi udang
100 g bawang merah
10 g bawang putih
40 g lobak merah (dihiris kecil)
40 g sawi (dipotong kecil)
40 g kobis bunga hijau (dipotong kecil)
200 mililiter air
4 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

 

Cara memasak:

1. Celurkan Mi Sedaap selama 2 minit. Angkat dan toskan.

2. Masukkan telur ke dalam mi dan goreng hingga kekuningan.

3. Angkat dan ketepikan.

4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan isi udang hingga layu.

5. Masukan air dan sebuk perencah Mi Sedaap Perisa Asli. Kacau rata.

6. Tambah semua sayuran dan biarkan hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

7. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas Mi Sedaap yang sudah digoreng bersama telur tadi dan sedia untuk dihidangkan.

 

Berita Harian X