Ahad, 1 November 2015 | 1:05pm

Reman 7 hari lagi suspek bunuh pelajar perempuan

ANGGOTA polis membawa lelaki berusia 20 tahun (tengah) suspek kes bunuh dan rogol pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar pada 25 Oktober lalu, untuk direman di Mahkamah Georgetown. - Foto Mikail Ong

GEORGETOWN: Perintah tahanan reman terhadap suspek kes pembunuhan pelajar sekolah di Teluk Kumbar, Balik Pulau, disambung tujuh hari lagi bagi membantu siasatan polis.

Seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, dipercayai menjadi suspek utama kes pembunuhan itu.

Isnin lalu, suspek diperintah reman tujuh hari oleh Mahkamah Balik Pulau selepas dia ditahan polis pada awal pagi, Isnin lalu.

Dalam kejadian 25 Oktober lalu, seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun ditemui mati dengan kesan kelar di leher oleh bapa mangsa di kediaman mereka di Bandar Baru Teluk Kumbar, kira-kira jam 7.30 malam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X