Isnin, 2 November 2015 | 12:03am
UNIVERSITI Multimedia (MMU) Melaka.
UNIVERSITI Multimedia (MMU) Melaka.
PERANTI pengesan pergerakan tanah yang dicipta penyelidik CRSST boleh mengesan pergerakan tanah.
PERANTI pengesan pergerakan tanah yang dicipta penyelidik CRSST boleh mengesan pergerakan tanah.
KAWASAN cerun Gunung Pass, Cameron Highlands menjadi lokasi bagi menguji peranti pengesan pergerakan tanah.
KAWASAN cerun Gunung Pass, Cameron Highlands menjadi lokasi bagi menguji peranti pengesan pergerakan tanah.

Peranti kesan pergerakan tanah dan banjir

PERANTI pengesan pergerakan tanah ciptaan penyelidik CRSST, Universiti Multimedia (MMU).
PERANTI pengesan pergerakan tanah ciptaan penyelidik CRSST, Universiti Multimedia (MMU).

BUKIT BERUANG: Prihatin terhadap kejadian tanah runtuh dan banjir besar di negara ini mendorong penyelidik Centre for Remote Sensing and Surveillance Technologies (CRSST), Universiti Multimedia (MMU) mencipta peranti pengesan pergerakan tanah.

Alat pengesan itu boleh mengesan pergerakan tanah sehingga satu milimeter, menggunakan radar yang masih dalam peringkat ujian di kawasan sering mengalami hakisan seperti Cameron Highlands.

Pengerusi CRSST, Prof Dr Koo Voon Chet, berkata penggunaan radar untuk tujuan pengesanan awal bencana seperti tanah runtuh, banjir atau gempa bumi sudah lama digunakan di kebanyakan negara maju seperti Taiwan dan Jepun.

PENGERUSI CRSST, Prof Dr Koo Voon Chet.
PENGERUSI CRSST, Prof Dr Koo Voon Chet.

"Setakat ini, kami sedang menguji peranti pengesan pergerakan tanah di kawasan cerun Gunung Pass, Cameron Highlands yang dikenal pasti sering mengalami pergerakan menggunakan imej tiga dimensi (3D) yang boleh menghantar maklumat kepada agensi atau pusat data untuk tujuan analisis serta mengesan risiko.

"Apabila pergerakan tidak normal dapat dikesan lebih awal, pihak berkuasa akan menghantar amaran awal kepada penduduk sekitar jika wujud kemungkinan risiko berlakunya tanah runtuh atau banjir bagi memudahkan proses pemindahan ke tempat selamat," katanya.

Selain itu, katanya, CRSST akan mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan bagi membolehkan peranti pengesanan itu digunakan secara menyeluruh dalam mengesan kejadian banjir, tanah runtuh dan gempa bumi pada peringkat awal.

Dalam perkembangan berkaitan, Prof Koo berkata, pihaknya kini giat membangunkan teknologi radar bagi mengesan pelbagai aktiviti lain, termasuk penebangan hutan, pemetaan tanah dan pertanian.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X