Isnin, 2 November 2015 | 3:18pm

Soal kahwin, kena tanya Adib


IZARA Aishah bersama Adib Khalid (kanan). - Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Muhammad Asyraf Khalid sudah sah bergelar suami kepada model dan pelakon dari Indonesia, Nurtria Wulandari Ariffin, malam tadi.

Majlis berlangsung di Hotel Majestic di sini, dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Asyraf sebenarnya sudah pun melangkah bendul abangnya, Adib Khalid. Tetapi kalau sudah namanya jodoh, itu aturan tuhan yang sudah tertulis.

Umum juga tahu Adib sebenarnya kini menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon jelita, Izara Aishah.

Adib kala disapa BH Online bila lagi pula dia mengikut jejak adiknya itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records hanya tersenyum manis.

Izara juga mengakui dia tak ketinggalan ditanya soalan yang sama. Hampir setiap tetamu yang ditemuinya bertanyakan hal itu.

"Soalan itu kena tanya Adib," usik Izara penuh manja terhadap fasa seterusnya dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza itu.

Izara dalam perkembangan lain turut akan muncul dalam filem Sinaran arahan Osman Ali.

Filem yang akan mula ditayangkan pada 26 November ini turut dibintangi Lisa Surihani dan Evan Sanders.

1310 dibaca
Berita Harian X