Isnin, 2 November 2015 | 8:32pm

Lebih 200 wakil media buat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) meninjau persiapan terakhir di lokasi akan berlangsungnya mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di sebuah hotel. ADMM selama tiga hari bermula esok. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 248 wakil media berdaftar bagi membuat liputan Pemukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Campur ke-3 di sini bermula esok.

Jurucakap sekretariat media memberitahu Bernama, jumlah itu termasuk 30 wakil media asing, seperti Reuters, Agence France-Presse (AFP) dan TV One Indonesia.

"Sebanyak 16 media tempatan termasuk Bernama, RTM dan Berita Harian," katanya.

ADMM selama tiga hari akan berlangsung di Saujana Hotel, Subang dekat sini dan akan dihadiri oleh 10 negara anggota ASEAN.

Panglima angkatan tentera dari Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat akan menyertai rakan sejawatan mereka bagi mesyuarat ADMM-Campur.

Ia adalah mesyuarat ADMM-Campur yang pertama dihoskan oleh Malaysia dan isu-isu mengenai maritim, kemanusiaan dan bantuan bencana dijangka dibincangkan pada mesyuarat.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X