Selasa, 3 November 2015 | 1:53pm

Artis popular bakal gegarkan ASK 2015

KUALA LUMPUR: Anugerah Skrin atau ASK 2015 menggandingkan dua figura popular iaitu Awie dan Fara Fauzana untuk mengemudi majlis penganugerahan manakala acara karpet merah akan dikendalikan Hani Hatim, Muadz dan Ain Edruce.

Malam kemuncak acara itu yang sememangnya ditunggu-tunggu akan dipancarkan secara langsung pada 8 November ini.

Siaran langsung keseluruhan acara yang bermula dengan karpet merah pada jam 7.45 malam juga boleh dilayari secara global melalui komputer, tablet dan telefon pintar menerusi laman web rasmi www.anugerahskrin.com.

TV9 juga akan menyiarkan kemeriahan acara karpet merah secara langsung menerusi program Hip TV dari jam 8.30 malam - 9.00 malam.

Nantikan kemunculan artis dan dramatis popular dalam segmen persembahan ASK 2015 seperti Remy Ishak, Nabila Huda, Nur Fathia, Ungku Ismail Aziz, Raja Ilya, Amir Jahari, Izzue Islam, Ayda Jebat, Zahiril Adzim, Marsha Londoh, Toi, Azmil Mentor Legend, Sarah Mentor Legend, Asmidar, De Fam, Alyah, Fauziah Ahmad Daud, Liyana Jasmay, Khir Rahman dan Fauzi Nawawi.

AWIE dan Fara Fauzana menjadi hos pada ASK 2015.

Barisan penyampai anugerah pula bakal diserikan Fazura, Maya Karin, Erma Fatima, Que Haidar, Hans Isaac, Faizal Hussein, Izreen Azminda, Nadiya Nissa dan Sharifah Amani. Secara keseluruhan, ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori yang meliputi 12 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.

Untuk kategori drama, 16 buah drama, lapan drama rantaian, 3 drama rantaian komedi dan 3 drama rantaian popular media sosial dicalonkan. Sementara untuk kategori filem pula, 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Antara drama yang layak bertanding ialah Ada Sejadah Panjang Terbentang, Cahaya Cinta, Cahaya Malaika, Dari Pintu Neraka, Hak, Jalan Taubat dan Kereta Kita.

Tidak ketinggalan drama Kerana Seorang Ammar, Lorong Kecil Ke Syurga, Penyabong, Pulangnya Tok Misai, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta, Seligar, Sujud Ibuku, Sinar Ya Rob dan Talak. Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2015 menerima pencalonan seperti Angin Syurga, Astana Cinta Aleesa, Cinta Ilahi, Hidayahmu Ramadan, Mukhlis, Puteri Gunung Ledang, Tabuh Merdeka dan Zahira.

Kategori drama rantaian komedi pula yang menerima pencalonan seperti Asam Pedas Untuk Dia, Menantu Mak Uteh dan RubberBand.

Kategori filem yang layak bertanding pula termasuk Mat Tudung, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Lagenda Budak Setan 3, Kasyah, Nasi Tangas, Amir & Lokman Pergi Kelaut, Dollah Superstar, Dendam Orang Mati, Anak Jantan, Kelibat, Lelaki Harapan Dunia, Gila Baby dan Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Turut berentap ialah filem Ophilia, Terbaik Dari Langit, Villa Nabila, Suamiku Encik Perfect 10, Puaka Balai Gombak, Jalan Puncak Alam, Cicakman 3, Isyarat Cinta, Jengka, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Pilot Café dan Suamiku Ustaz.

Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial yang diperkenalkan pada tahun lalu dan kini dikenali sebagai Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial menyaksikan saingan antara Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati.

Uniknya, pemenang bagi kategori ini bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai di laman Twitter & Instagram dari 5 Oktober lalu hingga 5 November ini. Untuk mengundi, anda perlu letak hashtag drama pilihan iaitu #rinduawak200peratus, #setitiskasihdarmia atau #tentanghati berserta dengan #ask2015. Akaun Twitter atau Instagram anda perlu ditetapkan untuk tatapan umum untuk proses pengiraan undi.

Yana Samsudin dan Shafiq Kyle turut dilantik sebagai Duta Media Sosial dan Peraduan Cabaran ASK 2015. Orang ramai hanya perlu melakonkan semula satu babak dalam sebuah daripada drama bersiri yang bertanding dalam kategori Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial iaitu Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati.

Muat naik video berkenaan serta hashtag #CabaranASK2015 di laman Instagram anda. Pastikan akaun Instagram anda ditetapkan untuk tatapan umum. Hanya seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang perempuan akan dipilih oleh Yana Samsudin dan Syafiq Kyle sebagai teman mereka untuk hadir ke ASK 2015 nanti.

Dua pemenang itu juga menerima layanan istimewa dalam mempersiapkan diri ke acara karpet merah bersama Yana Samsudin dan Syafiq Kyle. Ikuti laman Instagram @yanasamsudin dan @thesyafiqkyle untuk ketahui siapakah pemenang bertuah itu. Peraduan ini telah berlangsung dari 21 Oktober hingga 2 November lalu.

ASK 2015 menampilkan Babies Blinks Gold sebagai penaja utama. Selain menaja enam anugerah utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Filem. Drama Rantaian Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Pengarah Terbaik Filem dan Lakon TV Terbaik, Babies Blinks Gold turut menyampaikan Anugerah Bintang Bersinar Babies Blinks Gold kepada selebriti yang tampil paling segak atau anggun di acara karpet merah Anugerah Skrin 2015.

ASK 2015 juga menampilkan Huawei sebagai penaja bersama yang menaja lima anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan Drama Rantaian Popular Media Sosial. Selain itu, ASK 2015 turut ditaja oleh Kotex dan Altel manakala Tonton, Hot FM, Harian Metro dan ZIP (Majalah Digital) selaku rakan media.

Kru penerbitan Anugerah Skrin 2015 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa (Pengurus Hiburan Primeworks Studios); Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Roslina Abd Rahman sebagai Penerbit Anugerah Skrin 2015 dari Primeworks Studios.

Berita Harian X