Selasa, 3 November 2015 | 10:28pm
MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika ditemubual wartawan. -Foto BERNAMA

Komunikasi langsung pertingkat respons terhadap krisis ASEAN

KUALA LUMPUR: Hubungan Komunikasi Langsung (DCL) dalam kalangan Menteri-menteri Pertahanan ASEAN akan menjamin respons pantas terhadap situasi krisis di rantau ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perjanjian bagi pemasangan hotline DCL ditandatangani hari ini antara Brunei dengan sebuah vendor.

Initiatif itu diutarakan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Menteri Pertahanan Malaysia itu berkata, DCL itu akan membolehkan Menteri-menteri Pertahanan ASEAN berkomunikasi dengan selamat dan pantas.

"DCL ini bermatlamat membina keyakinan dan kepercayaan dan mendorong kerjasama respons pantas semasa darurat," kata beliau pada sidang akhbar ADMM (Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN) di Subang dekat sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, initiatif itu sejajar dengan ikrar bagi penyelesaian baik kepada sebarang pertikaian sebagaimana diikrarkan di ADMM kesembilan di Langkawi awal tahun ini.

"Kebimbangan kami ialah kemalangan atau insiden yang tidak disengajakan di laut luas," kata beliau.

Hishammuddin juga berkata, negara-negara anggota ASEAN memuji cadangan Malaysia bagi penubuhan Kumpulan Persediaan Militari ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan dan Pemulihan Bencana.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga melahirkan kebimbangan terhadap ancaman keganasan yang meningkat.

- BERNAMA

Berita Harian X