Khamis, 5 November 2015 | 5:49pm

Najib pandu uji kereta elektrik Tesla Model S

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandu uji sendiri kenderaan elektrik model Tesla Model S keluaran syarikat TESLA Motor di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Sairien Nafis
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandu uji sendiri kenderaan elektrik model Tesla Model S keluaran syarikat TESLA Motor di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi memandu uji sendiri kenderaan elektrik model Tesla Model S keluaran syarikat TESLA Motor.

Najib memandu kereta yang dianggarkan berharga RM400,000 seunit itu yang menyamai kenderaan berkapasiti enjin 5.0, dari Bangunan Parlimen menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dua unit kereta itu dibawa masuk oleh Malaysia Green Technology Corporation (Greentech Malaysia) ke negara ini, dalam usaha mempromosikan penggunaan kenderaan cekap tenaga dan kenderaan elektrik bagi mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

Kertas pertimbangan bagi membawa masuk kenderaan terbabit sebelum itu dibentang dalam Mesyuarat Kedua Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia, berlangsung di bangunan Parlimen.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Najib.

Hadir sama dalam mesyuarat itu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Berita Harian X