Khamis, 5 November 2015 | 6:34pm

Banjir: 3 sekolah rendah ditutup di Bintulu


KAWASAN Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bukit Balai, Bintulu yang dinaiki air.

MIRI: Seramai 550 murid dari tiga sekolah rendah yang terletak di kawasan pekan dan pedalaman Bintulu tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini akibat banjir.

Jabatan Pendidikan Sarawak berkata tiga sekolah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalau, SK Kuala Kebulu dan SK Sungai Bukit Balai melibatkan 550 murid, 52 guru dan 20 kakitangan bukan guru.

"Sekolah yang ditutup perlu digantikan pada hari Sabtu," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan di Kuching, hari ini.

- BERNAMA

87 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »