Ahad, 8 November 2015 | 5:32pm
Gambar hiasan

7 ditembak mati di Burundi

NAIROBI: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam satu serangan tembakan seorang lelaki di sebuah bar di Burundi.

Pegawai kerajaan berkata, mereka dipaksa berbaring di atas tanah sebelum ditembak mati.

"Ini adalah satu penyeksaan... mereka membunuh tujuh orang dan mencederakan dua lagi," kata Datuk Bandar Bujumbura, Freddy Mbonimpa.

Kejadian pada Sabtu lalu, sebelum tarikh akhir untuk orang awam menyerahkan senjata mereka dalam tindakan menghapuskan penentangan terhadap presiden. AFP

Berita Harian X