X
Jumaat, 13 November 2015 | 10:53pm

Semua agensi di bawah KKLW siap sedia hadapi banjir

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Fariz Iswadi Ismail
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Fariz Iswadi Ismail

BERA: Semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana banjir pada penghujung tahun ini dengan semua pangkalan hadapan diarah menyimpan bekalan makanan secukupnya.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bekalan itu akan dihantar dalam tempoh terdekat bagi mengelak sebarang masalah seperti terputus hubungan sewaktu banjir nanti.

"Banjir yang melanda negara tahun lepas memberi pengalaman kepada kementerian untuk membuat persediaan dan menghantar bekalan makanan lebih awal," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberikan tumpuan bagi meningkatkan lagi pembangunan di kawasan luar bandar.

Katanya, kerajaan tidak pernah memilih bangsa ataupun agama dalam memberikan pembelaan kepada rakyat di luar bandar, malah peruntukan dalam jumlah yang besar sentiasa disalurkan untuk memastikan pembangunannya seiring dengan pertumbuhan ekonomi di kawasan bandar. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X