Rabu, 18 November 2015 | 11:52am

ADVERTORIAL: Pertarungan ninja bertaraf 5 bintang!

LAYARI www.legoland.com.my untuk info lanjut.

TIDAK pasti hendak ke mana musim percutian sekolah ini? Anak-anak resah di rumah? Mengapa tidak membawa mereka untuk menikmati sesuatu yang pasti menyeronokkan!

Buat pertama kalinya di dunia, LEGOLAND(R) Malaysia Resort membawakan anda mengembara ke alam pertarungan Ninja melalui pertunjukan LEGO(R) NINJAGO(TM) LIVE SHOW.

Dibarisi oleh 6 Ninja boneka Bunraku, pertunjukan ini adalah diinspirasikan oleh siri TV popular "Ninjago - Masters Of Spinjitsu". Setiap satu daripada boneka Bunraku - seni boneka warisan Jepun ini dihasilkan dengan penuh ketelitian oleh 12-15 orang pakar seni, dan mengambil masa sehingga 180 jam. Dengan ketinggian 1.2 meter dan terdiri dari 32 bahagian, setiap patung boneka ini memerlukan sehingga 2 orang untuk menggerakkannya.

Terdapat 10 episod siri TV popular "Ninjago - Masters Of Spinjitsu" yang disiarkan di kaca TV anda. Kini, pertunjukan LIVE "LEGO Ninjago(TM) and The Realm of Shadows" ini, bakal memberikan pengakhiran yang mendebarkan, sebagai episod ke 11! Lebih menarik lagi, skrip pertunjukan ini adalah nukilan Penulis Skrip The LEGO Movie & siri TV Ninjago!

Anda sekeluarga amat bertuah kerana pertunjukan ini adalah eksklusif buat pengunjung LEGOLAND Malaysia Resort.

Oleh itu bersedialah untuk menyaksikan aksi hebat dan mendebarkan, gabungan seni boneka tradisonal Jepun dengan teknologi canggih seperti kesan khas dan pemetaan video yang mengagumkan, serta detik yang amat menyeronokkan!

LEGO Ninjago(TM) and The Realm of Shadows ini menanti anda di LEGOLAND Malaysia Resort setiap hari, di pentas LEGO City yang berhawa dingin!¬¬

SINOPSISb

Enam Ninja kegemaran ramai - Kai, Nya, Zane, Cole, Jay & Loyd kembali bersatu untuk menempuhi pelbagai cabaran ketika menjalankan misi melindungi Bandit, seekor naga Yin Yang yang bakal membesar menjadi Naga Cahaya yang amat berkuasa. Semua Ninja ini, dengan bantuan penonton, bakal berkerjasama di dalam memastikan penjahat Clouse serta tenteranya gagal untuk menculik Bandit dan memerangkap Ninjago ke alam bayangan Realm of Shadows.

TAHUKAH ANDA ?

  • Pertunjukan LEGO(R) NINJAGO LIVE SHOW di LEGOLAND(R) MALAYSIA RESORT ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia.
  • Proses paling rumit adalah pembinaan model "Teen Dragon - Bandit"
  • Terdapat 10 episod bagi musim baru siri TV Ninjago. Pertunjukan LEGO(R) NINJAGO LIVE SHOW ini merupakan " The lost episode " , adalah episod yang ke 11.

Berita Harian X