Ahad, 5 Oktober 2014 | 10:27am
PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sabah: Perintah berkurung dilanjutkan hingga 21 Oktober

KOTA KINABALU: Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau dilanjutkan mulai esok hingga 21 Oktober.

Perintah berkurung itu yang dilaksanakan sejak 19 Julai kini memasuki fasa keenam selepas fasa kelima berakhir hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata lanjutan tempoh berkenaan dibuat selepas pihaknya masih menerima maklumat berhubung ancaman jenayah di kawasan terbabit termasuk pencerobohan dan penculikan.

"Perintah berkenaan juga dilanjutkan kerana kita mahu menyekat secara menyeluruh aktiviti penyeludupan dengan menyekat semua laluan-laluan yang sering digunakan mereka (penyeludup)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X