Ahad, 22 November 2015 | 5:59pm

Tak restui hubungan anak, ayah ditikam

[email protected]

 

KUALA LUMPUR: Berang kerana keluarga tidak merestui hubungan sejenis, seorang remaja perempuan tergamak menikam leher bapanya menggunakan pisau di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.49 pagi di ruang tamu rumah mereka, remaja berusia 18 tahun itu dikatakan mengamuk secara tiba-tiba apabila bapanya yang berusia 45 tahun menegah perhubungannya dengan rakan perempuan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata remaja itu kemudian menikam leher bapanya sebanyak dua kali yang menyebabkan kecederaan parah.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dengan bapanya kerana tidak merestui hubungan dengan rakan perempuannya," katanya ketika dihubungi.

Munusamy berkata, remaja itu ditahan di rumahnya bagi membantu siasatan.

"Polis juga sudah mengambil keterangan daripada keluarga mangsa," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X