Selasa, 24 November 2015 | 10:30am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi hari ini biarpun penurunan di Wall Street semalaman, kata seorang peniaga.

Pada 9.17 pagi, indeks itu 13.48 mata lebih tinggi pada 1,684.38 selepas dibuka 7.78 mata lebih tinggi pada 1,670.68.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi 242 berbanding 163, dengan 231 kaunter tidak berubah, 1,202 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 372.760.000 saham bernilai RM171.97 juta.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 65,46 mata kepada 11,707.76, Indeks FBMT100 meningkat 66,77 mata kepada 11,378.12 dan Indeks Syariah Emas FBM melonjak 101.8 mata kepada 12,675.53. FBM 70 susut 13.5 mata kepada 12,891.02 dan FBM Ace susut 8.13 mata kepada 6,920.06.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 12.7 mata kepada 14,147.86, Indeks Perusahaan menokok 15.74 mata untuk 3,302.98 dan Indeks Perladangan menokok 4.33 mata kepada 7,507.06. Dalam kalangan saham aktif, China Stationery naik setengah sen kepada 13.5 sen, JCY International dan KNM Group meningkat 1.5 sen kepada 89.5 sen dan 52 sen, masing-masing, manakala Inix Technologies susut setengah sen kepada 9.5 sen dan RGB Antarabangsa susut satu sen kepada 17 sen.

Kaunter berwajaran tinggi, TNB meningkat 60 sen kepada RM14.02, Petronas Gas naik 42 sen kepada RM23.36, Axiata naik sembilan sen kepada RM6.22 dan Sime Darby meningkat dua sen kepada RM8.02.

- BERNAMA

Berita Harian X