Jumaat, 18 Ogos 2017 | 10:46pm
ILUSTRASI mengenai kisah Malim Deman bersembunyi menantikan kedatangan Puteri Bongsu yang turun dari kayangan untuk mandi manda bersama dayangnya. - Foto ihsan dongengceritarakyat.com
ILUSTRASI mengenai kisah Malim Deman bersembunyi menantikan kedatangan Puteri Bongsu yang turun dari kayangan untuk mandi manda bersama dayangnya. - Foto ihsan dongengceritarakyat.com
KAMPUNG Gombang turut dipercayai mempunyai kaitan dengan kisah Malim Deman dan nama asal kampung itu dipercayai berasal daripada nama anaknya iaitu Malim Gombang.
KAMPUNG Gombang turut dipercayai mempunyai kaitan dengan kisah Malim Deman dan nama asal kampung itu dipercayai berasal daripada nama anaknya iaitu Malim Gombang.
PERSIMPANGAN untuk masuk ke Kampung Gombang.
PERSIMPANGAN untuk masuk ke Kampung Gombang.
PEMANDANGAN Sungai Muar yang tenang di Pekan Lenga sebenarnya mempunyai kaitan dengan 1,001 misteri dan sejarah daerah ini pada zaman silam.
PEMANDANGAN Sungai Muar yang tenang di Pekan Lenga sebenarnya mempunyai kaitan dengan 1,001 misteri dan sejarah daerah ini pada zaman silam.
KEADAAN Pekan Lenga yang aman dan tenang.
KEADAAN Pekan Lenga yang aman dan tenang.
ILUSTRASI pertemuan Malim Deman dengan Puteri Bongsu yang ditinggalkan dayang selepas baju layang puteri itu disembunyikan Malim Deman. - Foto ihsan Dongengceritarakyat.com
ILUSTRASI pertemuan Malim Deman dengan Puteri Bongsu yang ditinggalkan dayang selepas baju layang puteri itu disembunyikan Malim Deman. - Foto ihsan Dongengceritarakyat.com

Malim Deman kebanggaan Lenga

MUAR: Hikayat Malim Deman bukan saja tampil dalam bentuk manuskrip, bahkan kisahnya tercatat dalam ingatan kolektif penduduk Kampung Lenga dekat sini kerana dipercayai berlaku di kampung terbabit dan menjadi kebanggaan penduduk, selain mempunyai versi tambahan hikayat berkenaan.

Penduduk Kampung Lenga, Abdul Rahman Md Yaman, 77, berkata beliau turut mendapat maklumat daripada cerita orang tua-tua dulu mengenai kisah legenda terbabit menerusi bapa saudaranya, selain membaca hikayat berkenaan.

"Daripada apa yang diterangkan oleh arwah, kebanyakan kisah berasal daripada Orang Asli, sebelum menjadi cerita lisan hingga ke hari ini.

"Ilmu kebatinan, pencak silat dan alam ghaib sering dipelajari oleh orang zaman dulu, mungkin kerana keperluan mereka termasuklah Malim Deman yang juga anak kepada Malim Dewa ini," katanya kepada BH.

Abdul Rahman yang juga bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Batu 28 Lenga, berkata mengikut kisah orang dulu, Malim Deman pernah berada di Kampung Lenga, khususnya di Sungai Meda yang hanya terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Lenga.

"Sungai Meda yang terletak antara Lenga dan Kepong, kecil saja yang bahagian hilirnya terus ke Sungai Muar, manakala bahagian hulunya akan sampai ke Maokil.

"Kawasan ini dikatakan agak keras sehingga orang dulu akan menasihatkan supaya tidak membuat perkara sembarangan kerana dikatakan mempunyai penghuni lain selain manusia.

"Orang tua-tua selalu pesan kalau hendak tangkap ikan, petik buah atau ingin membuang air tidak boleh dibuat sembarangan kerana dikhuatiri berlaku perkara tidak diingini seperti tersesat," katanya.

SUNGAI Meda, kira-kira 5km dari Pekan Lenga dan 65km dari bandar Muar dipercayai menjadi lokasi Malim Deman dalam pengembaraannya untuk mendapatkan Puteri Bongsu dari Kayangan.
SUNGAI Meda, kira-kira 5km dari Pekan Lenga dan 65km dari bandar Muar dipercayai menjadi lokasi Malim Deman dalam pengembaraannya untuk mendapatkan Puteri Bongsu dari Kayangan.

SUNGAI Meda yang bersambung dengan Sungai Muar dikatakan sebahagian daripada perkampungan bunian pada zaman dahulu.
SUNGAI Meda yang bersambung dengan Sungai Muar dikatakan sebahagian daripada perkampungan bunian pada zaman dahulu.

Tempat Malim Deman mandi

Abdul Rahman berkata, di Sungai Meda itu juga ada kawasan yang dikenali penduduk sebagai Bangsal Adam yang dipercayai tempat Malim Deman selalu mandi.

"Tempat ini kalau zaman dulu boleh dikatakan ada orang akan pergi mandi di kawasan yang sama kerana kononnya untuk mengambil berkat tetapi ia turut dipercayai agak keras juga.

"Sampai sekarang pun, kalau ada orang pergi ke sana perlu berhati-hati dan jangan sesekali bercakap besar atau mencarut kerana jika tidak kena cara boleh menyebabkan tersesat.

"Kalau berburu haiwan seperti rusa, kijang dan napuh juga perlu berhati-hati serta kena minta izin kerana kononnya ia tunggangan anak Malim Deman. Itu kepercayaan dulu tetapi sebenarnya semua ini adalah rezeki daripada Allah," katanya.

Selain Bangsal Adam, beliau berkata, tidak jauh daripada dari Sungai Meda itu terdapat kawasan dikenali sebagai Sawah Malim Deman yang dipercayai tempat beliau menanam padi, selain Bukit Perabong yang menjadi tempat menanam pokok buahan.

"Kalau dilihat kawasan ini macam tidak ada apa-apa kecuali pokok dan belukar sahaja, tetapi ada orang yang ada ilmu boleh nampak ada tanaman seperti nenas dan beberapa pokok buah-buahan yang lain. Kalau macam kita ini, hanya nampak pokok biasa saja.

"Orang zaman dulu percaya kawasan ini dihuni oleh dua kumpulan orang bunian, iaitu kumpulan pertama jenis baik dan begitu juga sebaliknya. Kumpulan yang tidak baik itulah yang menyebabkan orang sesat kerana mereka amat dengkikan manusia," katanya.

Abdul Rahman berkata, beliau juga mempunyai sedikit pengalaman berhadapan dengan perkara mistik di kawasan sekitar Sungai Meda ketika berusia belasan tahun apabila mengikuti orang kampung pergi berburu di kawasan berkenaan pada 1960-an dahulu.

PENDUDUK Pekan Lenga, Abdul Rahman Md Yaman.
PENDUDUK Pekan Lenga, Abdul Rahman Md Yaman.

PEKAN Lenga adalah sebahagian daripada tempat berehat Malim Deman sebelum ke Sungai Meda bagi mencari kekasihnya Puteri Bongsu.
PEKAN Lenga adalah sebahagian daripada tempat berehat Malim Deman sebelum ke Sungai Meda bagi mencari kekasihnya Puteri Bongsu.

Dengar bunyi kompang

"Dahulu, saya pernah masuk ke kawasan berkenaan. Biasalah masuk hutan beramai-ramai dan kemudian ketika dah dekat Maghrib, kami duduk di satu tempat dan secara tiba-tiba mendengar bunyi kompang. Kami cuba cari tetapi tidak nampak dan bunyi kompang itu pun tidak lama.

"Kemudian secara tiba-tiba, kami terhidu bauan cukup harum. Ia bukan minyak wangi tetapi haruman bunga-bungaan yang sememangnya mengasyikkan. Itulah yang sedikit sebanyak yang pernah saya alaminya sendiri.

"Orang dahulu kata, kalau malam bulan terang, kita boleh mendengar bunyi anak dara mandi tetapi kita tidak akan dapat melihatnya, kecuali yang ada ilmu kebatinan saja. Hanya Allah yang mengetahui apa yang di sebaliknya," katanya.

Selain itu, katanya, terdapat dua bongkah batu besar berbentuk menyerupai manusia yang dikenali sebagai Batu Bujang dan Batu Dara dengan kisahnya tersendiri.

Bongkah batu

"Dikatakan, bongkah batu besar itu adalah akibat sumpahan daripada Malim Deman sendiri. Kononnya, kawasan hilir sungai terdapat ancaman musuh Malim Deman dan bagi langkah berjaga-jaga, setiap pengikutnya perlu berkawal di kawasan berkenaan.

"Kononnya, ada pengikutnya dikenali Bujang sering mengelak daripada tugasan berkenaan, sebaliknya bertindak mengganggu perempuan dan kalau tidak silap ia anak atau isteri Malim Deman sendiri.

"Kejadian ini disedari oleh pengikutnya dan kemudian bertindak melaporkan perkara itu kepada Malim Deman.

"Bertindak atas laporan itu, Malim Demam menyiasat dan mengintipnya. Apabila Bujang dan perempuan itu datang ke tempat itu, lalu disergah dan akhirnya kedua-duanya disumpah menjadi batu," katanya.

Abdul Rahman berkata, itulah serba sedikit kisah lain berkaitan Malim Deman yang diketahuinya dan sama ada ia kisah nyata atau sekadar cerita dongeng semata-mata, ia akan tetap menjadi cerita rakyat serta kebanggaan penduduk di sini.

BUKU Hikayat Malim Deman yang disunting oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
BUKU Hikayat Malim Deman yang disunting oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

INFO

  • Tidak diketahui secara tepat bila dan siapakah pengarang Hikayat Malim Deman;
  • Kampung Lenga terletak kira-kira 67 kilometer dari bandar Muar;
  • Malim Deman dipercayai dilahirkan dan tinggal bersama bapanya Malim Dewa dan ibunya, Puteri Lindungan Bulan di sekitar bandar Muar;
  • Kampung Lenga termasuk Sungai Meda dipercayai menjadi lokasi pengembaraan Malim Deman dalam hikayat terbabit;
  • Di Sungai Meda ini jugalah dipercayai tempat Malim Deman berjumpa dengan Nenek Kebayan;

  • Di Sungai Meda menjadi tempat Malim Deman mencuri baju layang Puteri Bongsu yang akhirnya dikahwininya;
  • Tidak jauh dari Kampung Lenga terdapat sebuah perkampungan dikenali sebagai Kampung Gombang yang turut dikaitkan dengan anak atau keturunan Malim Deman Sendiri.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X