Ahad, 20 Ogos 2017 | 3:00pm
NOVEL Tawarikh Ibu karya Razali Endun.
NOVEL Tawarikh Ibu karya Razali Endun.

Tawarikh ibu julang perjuangan srikandi

KUALA LUMPUR: Novel Tawarikh Ibu karya Razali Endun mengangkat perjuangan Ibu Zain bukan saja dalam kemerdekaan, bahkan pendidikan anak bangsa.

Penyair dan penterjemah, Dr Raja Rajeswari Seetha Raman, berkata novel Tawarikh Ibu itu menjadi novel pilihan sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-60.

"Novel ini wajib dibaca sebab memaparkan peristiwa benar dalam sejarah kemerdekaan tanah air.

"Perjuangan tokoh pendidik dan kemerdekaan Ibu Zain atau nama sebenarnya Zainun Sulaiman dalam menjulang Tanah Melayu ke puncak kemerdekaan wajar dihargai dan diteladeni oleh semua," katanya kepada Sastera BH di sini.

Raja Rajeswari berkata, Tawarikh Ibu menyingkap perjuangan ikon wanita melalui cucunya, Nadia yang bertugas sebagai wartawan di perantauan.

"Semangat perjuangan nenek Nadia dikagumi oleh majikannya, Thomas Cook sehingga beliau berhasrat untuk berkenalan dengan Ibu Zain di Tanah Melayu.

"Melalui Tawarikh Ibu, terbukti bahawa srikandi juga tidak terkecuali dalam memperjuangkan kemerdekaan pertiwi," katanya.

Berita Harian X