Selasa, 23 Januari 2018 | 4:26pm

Anugerah puisi antarabangsa untuk penulis muda

KUALA LUMPUR: Anugerah puisi antarabangsa, The International Poetry Award, Bridges of Sturga dibuka kepada penulis muda dengan kumpulan puisi sulung sehingga Jumaat ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam kenyataannya kepada BH berkata, kumpulan puisi yang pertama itu dihasilkan oleh penulis berusia 35 tahun ke bawah.

"Ia juga mensyaratkan sekurang-kurangnya lima puisi dalam kumpulan berkenaan sudah diterjemah ke bahasa Inggeris.

"Buku yang ingin dicalonkan juga perlu mempunyai International Standard Book Number Standard Data Pengkatalogan Antarabangsa (ISBN).

"Pencalonan itu hendaklah dihantar sebanyak enam naskhah buku itu kepada DBP menerusi Urus Setia Jawatankuasa Anugerah Sastera Antarabangsa di Aras 25, Menara DBP, Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.

The International Poetry Award, Bridges of Sturga dianjurkan oleh Struga Poetry Evenings, Sturga, Macedonia dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengiktiraf buku puisi pertama oleh penulis muda.

Maklumat lanjut hubungi DBP di talian 03-21479124 atau e-mel [email protected].

Berita Harian X