Rabu, 6 March 2019 | 7:15pm
Polis Ireland menjumpai semula tengkorak diawetkan berusia 800 tahun yang dikenali sebagai ‘The Crusader’. - Foto AFP
Polis Ireland menjumpai semula tengkorak diawetkan berusia 800 tahun yang dikenali sebagai ‘The Crusader’. - Foto AFP

Tengkorak tentera Salib, dijumpai semula di Dublin

DUBLIN: Polis Ireland menjumpai semula tengkorak diawetkan berusia 800 tahun yang dikenali sebagai ‘The Crusader’ selepas dicuri dari tanah perkuburan di sini pada hujung minggu lalu.

“Polis Gardai menjumpai semula kepala The Crusader dan tengkorak lain yang dicuri dari tanah perkuburan di gereja St Michan,” kata kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Ketua Biskop Dublin, Michael Jackson, berkata beliau ‘gembira’ dengan pemulangan kembali artifak itu yang sebelum ini pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

“Penekanan sekarang adalah untuk menimbangkan keselamatan pada masa depan dan mempamerkan jasad itu di tanah perkuburan St Michan,” katanya.

Sementara itu, polis masih meneruskan penyiasatan ke atas kes berkenaan.

Nama ‘The Crusader’ diberikan kerana dipercayai meninggal dunia ketika atau sebaik sahaja pulang daripada menyertai kempen Perang Salib untuk merebut Baitulmaqdis.

Gereja yang dibina pada 1095 itu, menjadi tarikan pelancongan yang popular di ibu kota Ireland.

Mengikut kisah rakyat tempatan, pengarang Bram Stoker mendapat inspirasi untuk menulis novel Gothik terkenalnya, Drakula ketika melawat bilik di gereja berkenaan. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X