Isnin, 30 Disember 2019 | 3:14pm
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah mempamer kemahiran memainkan alat musiz sape. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah mempamer kemahiran memainkan alat musiz sape. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Puisi, sape terangi jiwa korporat Mohamad Medan

KETOKOHAN Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohamad Medan Abdullah dalam sektor korporat terserlah dengan pelbagai jawatan utama dipegangnya di dalam beberapa syarikat utama termasuk Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Selain memanfaat lebih 30 tahun perkhidmatannya bersama PETRONAS dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat, beliau pernah diberi kepercayaan menerajui Gazprom Marketing and Trading Limited sebagai Pengarah Urusan rantau Asia Pasifik.

Mohamad Medan yang juga anak tempatan Sarawak pertama diberi kepercayaan menjawat jawatan penting sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Ekselutif Kumpulan Malaysia LNG pada 2007-2010.

Kini, beliau yang berasal dari tanah tinggi Bario menerajui Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi pelabuhan utama di kawasan perindustrian yang berkembang maju, Bintulu.

Kewibawaan tokoh itu diakui dengan pelbagai anugerah diterima sepanjang kariernya dan terbaru pada 18 Disember lalu, Mohamad Medan dianugerahkan Court of Emeritus Fellows (COEF) oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah mempamer kemahiran memainkan alat musiz sape. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah mempamer kemahiran memainkan alat musiz sape. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Namun di sebalik kecemerlangannya dalam sektor korporat, ramai tidak menyedari, Mohamad Medan memiliki jiwa seni apabila menyampaikan kekaguman terhadap alam dan kehidupan melalui puisi.

Beliau sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam penulisan sejak awal persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Bario, sebelum mengasah bakat itu ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi hingga melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya (UM).

Mohamad Medan berkata, minatnya tidak pernah terhenti meskipun sebahagian besar masa ditumpukan kepada sektor korporat.

“Walau sibuk mana sekalipun, pasti ada sedikit masa terluang dan ketika itulah saya manfaatkannya untuk menghasilkan karya.

“Contohnya ketika menaiki penerbangan jauh dari Kuala Lumpur ke London yang menjadi antara waktu banyak karya saya hasilkan,” katanya kepada BH di pejabatnya di Wisma Kontena di Bintulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah menunjukkan rakaman alunan muzik sapenya. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah menunjukkan rakaman alunan muzik sapenya. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Beliau berkata, ilham timbul dengan pelbagai cara yang kebanyakannya tercetus hasil pemerhatian terhadap sesuatu benda atau keindahan alam, selain gemar membaca apa-apa sahaja bahan untuk mencari perkataan serta ayat ‘bertenaga’ dalam menghasilkan karya.

“Saya menyaksikan jambatan Erasmus di Rotterdam, Belanda yang mencetuskan ilham menghasilkan puisi Apa Lagi Belum Siap.

“Saya juga menghasilkan puisi berbahasa Inggeris, Fill My Cup selepas menikmati kopi arang terkenal di Jogjakarta,” katanya.

Katanya, banyak karyanya berkisar alam semula jadi kerana latar belakangnya dari kawasan tanah tinggi yang damai menyebabkan jiwanya lembut dan diterjemahkan ke dalam puisi.

Hingga kini, Mohamad Medan sudah menghasilkan ratusan puisi yang ditulisnya dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Melayu dan bahasa ibundanya, Kelabit.

Beliau berhasrat menerbitkannya sebagai kumpulan puisi yang dijangka menjadi kenyataan tahun depan kerana sudah ada penerbit bersedia mencetaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah ketika membuat persembahan pada Rainforest World Music Fesrival 2013. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah ketika membuat persembahan pada Rainforest World Music Fesrival 2013. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Selain menulis puisi, jiwa seni Mohamad Medan turut dikembangkan kepada irama alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu, sape.

“Semuanya bermula 2010, apabila saya menerima hadiah sape daripada penduduk Sungai Asap, Belaga.

“Awalnya, saya keberatan menerima hadiah itu kerana langsung tidak tahu cara memainkannya tetapi selepas didesak, saya membawanya balik ke Kuala Lumpur dan cuba mempelajarinya,” katanya.

Apabila seni menguasai jiwa, tidak sukar baginya memahirkan diri memainkan alat muzik tradisional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah ketika membuat persembahan pada Rainforest World Music Fesrival 2013. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Mohammad Medan Abdullah ketika membuat persembahan pada Rainforest World Music Fesrival 2013. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Selepas sudah menguasai kemahiran itu, beliau diberi kepercayaan membuat persembahan muzik sape solo di Dewan Filharmonik PETRONAS pada Disember 2012 dan setahun kemudian dijemput mengadakan persembahan di pentas Rainforest World Music Festival di Damai, Santubong.

“Pada 2013, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) meminta saya membuat persembahan pada Rainforest World Music Festival, sekali gus ia penampilan pertama di hadapan penonton dari seluruh dunia.

“Februari lalu, saya sekali lagi diberi penghormatan membuat persembahan penutup pada penganugerahan persembahan sape paling lama, iaitu 50 jam tanpa henti yang dicatatkan dalam Malaysian Book of Records (MBOR),” katanya.

Datuk Mohammad Medan Abdullah ketika membuat persembahan di Bali, Indonesia. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Datuk Mohammad Medan Abdullah ketika membuat persembahan di Bali, Indonesia. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Selain itu, beliau pernah dijemput membuat persembahan muzik sape di Melaka Fest, Melaka dan upacara penutup Sukan ASEAN Port Associations (APA), Jogyakarta.

Mohamad Medan bertekad untuk berkarya meskipun jadual hariannya padat terutama tanggungjawab untuk menjadikan BPHB sebagai operator pelabuhan bertaraf dunia.

“Jiwa seni yang berputik sejak di bangku sekolah tidak akan layu hingga ke hujung usia. Saya akan terus menulis puisi dan terus memetik alunan sape kerana dua seni itu menerangi jiwa saya yang tidak akan padam,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X