X
Jumaat, 17 Januari 2020 | 7:49pm
Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP

Manuskrip berkulit emas 'penyair putera Parsi' ditemui

AMSTERDAM: Manuskrip abad ke-15 karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran.

Naskhah berkulit emas bernilai €1 juta (RM4.5 juta) didapati hilang daripada koleksi pengedar barang antik dari Iran selepas kematiannya di Jerman pada 2007.

Ia mencetuskan pencarian selama sedekad bagi mengesan naskhah paling tua Divan Hafez, iaitu koleksi karya penyair yang sangat terkenal di Iran hingga kini dan memberikan inspirasi kepada seniman seluruh dunia.

Namun, Arthur Brand yang menerima jolokan sebagai Indiana Jones of the Art World kerana menemui banyak karya hilang, akhirnya berjaya menjejaki buku besar itu melalui dunia seni bawah tanah

Brand berkata, penemuan itu sangat penting kepadanya kerana kepentingan buku berkenaan.

Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP
Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP

Bersama-sama Rumi, Hafez atau nama sebenarnya Shams al-Din Muhammad Hafiz Shirazi, ialah antara pujangga mistik paling terkenal. Pengarang Amerika, Ralph Waldo Emerson memartabatkannya sebagai ‘penyair putera Parsi.’

Divan Hafez masih menjadi koleksi di kebanyakan kediaman orang Iran yang secara tradisinya, akan membacakannya ketika sambutan keluarga sempena Tahun Baharu Parsi.

Kecurian manuskrip itu yang bertarikh antara 1462 hingga 1463 itu, ditemui keluarga pengedar buku, Djafar Ghazy selepas beliau meninggal dunia di rumah kebajikan orang tua di Munich pada 2007.

Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP
Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP

Ketika menyiasat komputer Ghazy, keluarganya menyedari pesara yang hidup sederhana itu sebenarnya memiliki ratusan manuskrip kuno tetapi semuanya hilang.

Pada 2011, polis Jerman menemui 174 naskhah selepas menyerbu rumah pesara berbangsa Iran yang berkawan dengan Ghazy.

“Namun, koleksi paling penting, antara naskhah terawal dan paling tepat Divan Hafez masih hilang,” katanya.

Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP
Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP

Polis Jerman menawarkan hadiah sebanyak €50,000 (RM225,000) pada 2016 tetapi tiada sebarang maklum balas hinggalah akhir 2018.

Brand menerima panggilan telefon daripada pengedar Iran yang meminta lelaki Belanda itu bertemu dengannya di Jerman dengan segera.

“Lelaki itu memberitahu saya bahawa dia dikunjungi dua pegawai yang mendakwa mempunyai kaitan dengan kedutaan Iran.

“Dua lelaki yang didakwa pengedar itu sebagai ejen perisik Iran memberitahunya supaya melaporkan sebarang berita kehilangan Divan itu.

“Pemberi maklumat saya itu sangat takut, berasa terancam dan mengambil keputusan untuk menghubungi saya,” katanya kepada AFP.

Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP
Manuskrip abad ke-15 bernilai RM4.5 juta karya penyair Parsi terkenal, Hafez ditemui detektif seni Belanda selepas usaha mengesannya secara besar-besaran turut dikatakan menarik perhatian perkhidmatan risikan Iran. - Foto AFP

Iran menunjukkan minat terhadap kes itu dan menegaskan akan mengambil semua tindakan perundangan untuk mendapatkan semula semua manuskrip yang ditemui pada 2011 selepas Jerman menyerahkan dua daripadanya tetapi memutuskan bakinya dimiliki secara sah oleh kolektor berkenaan.

“Selepas pemberi maklumat saya itu dihubungi, saya mengetahui Iran turut menjejaki Divan yang hilang itu dan saya mengejar masa untuk menemuinya kerana buku itu dimiliki keluarga Ghazy,” katanya.

Brand kemudian terbang ke London untuk menemui seorang lelaki tidak dinamakan yang ‘sangat gugup’ apabila risalah tawaran polis itu ditunjukkan. Dia mengaku pernah melihatnya selepas rakannya menjualkannya kepada pembeli besar.

Brand berkata, tetika itu, ejen Iran juga berada di London, bertanyakan soalan mengenai manuskrip berkenaan.

“Pembeli itu terkejut dan marah kerana menjual barang curi dan semua pihak termasuk kerajaan Iran mencarinya,” katanya.

Pembeli yang mula berasa takut, terbang ke Paris untuk menuntut wangnya kembali daripada penjual asal.

Namun, Brand berjaya memujuknya supaya pulang ke London dan akhirnya kolektor itu menyerahkan buku itu melalui orang tengah pada penghujung 2019.

Brand berkata, beliau akan ke Munich Rabut depan untuk menyerahkan Divan itu kepada polis Jerman.

Sementara itu, jurucakap polis, Ludwig Waldinger, berkata langkah seterusnya adalah berbincang dengan pewaris Ghazy.

Pakar menegaskan edisi itu akan menjadi warisan sejarah dan sastera agung kepada sarjana serta pengkagum Hafez yang karyanya diterbitkan selepas kematiannya.

Profesor Madya sastera Parsi di Universiti Oxford, Dominic Parviz Brookshaw, berkata buku itu hanya sebilangan kecil yang masih wujud.

“Ia karya yang sangat awal - meskipun bukan paling terawal - yang menjadikannya sangat nadir dan berharga.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X