Jumaat, 22 Mei 2020 | 2:10pm
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), President Bill Clinton. - Foto AFP
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), President Bill Clinton. - Foto AFP

Bill Clinton tulis novel pula

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton bersama novelis, James Patterson akan menerbitkan novel jenayah berkisar penculikan anak Presiden AS.

Novel thriller berjudul The President's Daughter yang dihasilkan bersama pengarang terkenal itu, menjadi kerjasama kedua mereka selepas buku mengenai di belakang tabir drama Rumah Putih, The President is Missing.

Karya pertama itu, berpusat kepada bahaya serangan siber yang terjual lebih 3 juta naskhah.

"Bekerjasama dengan @BillClinton ialah kemuncak kerjaya saya. Saya teruja kerana berpeluang menulis bersamanya lagi," kata Patterson dalam Twitter.

Ringkasan novel yang dijadualkan akan diterbitkan pada Jun tahun depan di AS itu menyatakan plotnya berkisar kisah bekas presiden yang berharap dapat berdiam diri apabila kalah dalam pilihan raya penggal kedua.

Namun, watak itu menerima ancaman hebat apabila kehilangan anaknya menyebabkan dia terpaksa beraksi.

Clinton sebelum ini menghasilkan beberapa buku termasuk memoir kehidupan selepas menjadi presiden diterbitkan pada 2004, My Life.

Anaknya, Chelsea Clinton juga penulis beberapa karya kanak-kanak.

Patterson yang giat berkarya, terkenal dengan judul seperti Kiss the Girls dan Along Came a Spider, sekali gus menjadi pengarang berpendapatan paling tinggi dunia dengan Forbes menilai sebanyak AS$94 juta (RM410 juta). - AFP

Berita Harian X