Sabtu, 22 Julai 2017 | 11:49pm

Kedah buat PP terus merana

BATU KAWAN: Pulau Pinang gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-2 kepada Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri di sini, malam tadi.

Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, gol pembukaan skuad Helang Merah dijaringkan penyerang sensasi, Ken Ilso Larsen pada minit ke-61 selepas menerima hantaran cantik hasil sepakan percuma Sandro De Silva.

Skuad Harimau Kumbang terus terpaku apabila kemasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-61 ternyata membawa tuah buat Kedah yang mengukuhkan kedudukan pada minit ke-74.

Usaha berterusan Pulau Pinang ternyata masih belum cukup menembusi gawang Kedah biarpun pelbagai percubaan berbahaya berjaya dihasilkan.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Kumbang terus kekal di tangga tercorot selepas hanya mampu mengumpul sembilan mata.

Berita Harian X