Jumaat, 4 Ogos 2017 | 8:56am
Pele

Pele ucap selamat berjaya buat Neymar

PARIS: Legenda bola sepak dunia, Pele mengucapkan tahniah kepada Neymar susulan rekod perpindahan dunia ke Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.

Bekas penyerang Brazil itu memberitahu penggantinya: "Selamat maju jaya dalam menghadapi cabaran baharu."

"Paris adalah bandar raya yang cantik dan salah satu bandar raya yang menjadi kegemaran saya," kata pemenang tiga kali Piala Dunia itu di Twitter rasminya.

Neymar menandatangani perjanjian selama lima tahun bersama PSG pagi tadi selepas melengkapkan rekod perpindahan dunia bernilai 222 juta euro (RM1.128 bilion) daripada Barcelona. - AFP

Berita Harian X