Selasa, 15 Ogos 2017 | 7:22am
PENYOKONG Hertha Berlin membakar suar ketika aksi pusingan pertama Piala Jerman, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
PENYOKONG Hertha Berlin membakar suar ketika aksi pusingan pertama Piala Jerman, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Suar, bunga api cemari aksi Piala Jerman

BERLIN: Jaringan saat akhir dari Mitchell Weiser dan Vedad Ibisevic membolehkan Hertha Berlin menjinakkan kelab divisyen ketiga, Hans Rostock di laman lawan 2-0 pada pusingan pertama Piala Jerman yang turut dicemari kekecohan, awal pagi tadi.

Weiser meleraikan kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang pada minit ke-88 selepas dua gangguan penyokong, satu daripadanya pada 15 minit terakhir babak kedua apabila penyokong Hertha menyalakan suar di bahagian tempat duduk dan membalingnya ke arah penyokong lawan.

PEMAIN Hertha Berlin, Mitchell Weiser (tengah) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan pada aksi pusingan pertama Piala Jerman. - Foto REUTERS
PEMAIN Hertha Berlin, Mitchell Weiser (tengah) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan pada aksi pusingan pertama Piala Jerman. - Foto REUTERS

PENYOKONG Hans Rostock pula membalas tindakan penyokong Hertha Berlin dengan membakar sepanduk pihak lawan ketika aksi pusingan pertama Piala Jerman, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
PENYOKONG Hans Rostock pula membalas tindakan penyokong Hertha Berlin dengan membakar sepanduk pihak lawan ketika aksi pusingan pertama Piala Jerman, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

SEORANG penyokong Hertha Berlin mula membakar suar pada 15 minit terakhir babak kedua, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
SEORANG penyokong Hertha Berlin mula membakar suar pada 15 minit terakhir babak kedua, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Penyokong Rostock membalas tindakan berkenaan dengan membakar sepanduk Hertha tatkala perlawanan tampak seakan harus dihentikan.

Ibisevic menjaringkan gol kedua Hertha pada masa kecederaan.

Sementara itu, pemain Ukraine Yevhen Konoplyanka juga meledak dua gol pada lewat permainan untuk membantu Schalke 04 menewaskan BFC Dynam0, 2-0.

Juara bertahan, Borussia Dortmund pula mencatat keputusan 4-0 di laman lawan ke atas pasukan amatur, Rielasingen-Arlen manakala Bayern Munich menewaskan Chemnitz 5-0, Sabtu lalu. - Reuters

Berita Harian X