Rabu, 16 Ogos 2017 | 7:40am
PEMAIN tengah Swansea, Gylfi Sigurdsson sertai Everton dengan bayaran RM248 juta.
PEMAIN tengah Swansea, Gylfi Sigurdsson sertai Everton dengan bayaran RM248 juta.

Everton ikat Sigurdsson

LONDON: Everton menandatangani kontrak pemain tengah Swansea dari Iceland, Gylfi Sigurdsson dengan bayaran 45 juta pound (RM248 juta).

Media British melaporkan Sigurdsson, 27, yang memainkan peranan penting ketika Swansea cuba keluar daripada zon penyingkiran pada edisi sebelum ini, pernah meledak sembilan gol pada penampilannya dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

BBC melaporkan yang Sigurdsson mungkin menjalani ujian kesihatan di Everton pada hari ini selain turut menyatakan yang tawaran kelab berkenaan pernah ditolak sebanyak dua kali tatkala Swansea mahukan 50 juta pound (RM276 juta).

Pemindahan Sigurdsson, yang bersama Tottenham selama dua tahun sebelum menyertai Swansea - selain pernah dipinjamkan Hoffenheim ke kelab itu pada 2012 - mungkin menjadi rekod termahal Everton sekali gus memadam nilai 31.8 juta pound (RM175 juta) ketika mereka membeli Romelu Lukaku dari Chelsea pada 2014.

Penyerang Belgium, Lukaku menyertai Manchester United pada Julai lalu dengan nilai pemindahan 75 juta pound (RM414 juta), lapor media British. - Reuters

Berita Harian X