Ahad, 10 September 2017 | 1:08am
PENYERANG Arsenal, Danny Welbeck meledak dua gol untuk membantu The Gunners menewaskan Bournemouth 3-0 di Stadium Emirates. - Foto AFP
MESUT Ozil melakukan rembatan ke arah gawang Bournemouth pada aksi EPL di Stadium Emirates. - Foto Reuters
PEMAIN Arsenal, Alexis Sanchez (kanan) cuba dihalang pemain Bournemouth, Steve Cook pada aksi EPL di Stadium Emirates. - Foto Reuters

Welbeck, Lacazette lonjak Arsenal

LONDON: Meskipun menerima tamparan dengan pemergian perunding perpindahannya, Dick Law beberapa jam sebelum sepak mula, Arsenal nyata tidak terkesan selepas berjaya meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Bournemouth di Stadium Emirates, sebentar tadi.

The Gunners tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi penyudah kemas Danny Welbeck selepas penyerang England itu menanduk masuk hantaran lintang Sead Kolasinac.

Penyerang baharunya, Alexander Lacazette melebarkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-27 menerusi jaringan lencong tepat ke penjuru gawang.

Hantaran pemain tengah, Aaron Ramsey disudahkan Welbeck untuk gol kedua peribadinya yang juga gol ketiga Arsenal, untuk mereka kembali bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut. - AFP


ALEXANDRE Lacazette (kanan) meraikan gol pertama Arsenal hasil jaringan rakan sepasukan, Danny Welbeck. - Foto REUTERS

1728 dibaca
Berita Harian X