Selasa, 19 September 2017 | 9:26pm
PENJAGA gol Bayern Munich, Manuel Neuer terpaksa diketepikan sehingga Januari depan, selepas mengalami kecederaan kaki buat kali kedua dalam tempoh enam bulan. - Foto AFP
PENJAGA gol Bayern Munich, Manuel Neuer terpaksa diketepikan sehingga Januari depan, selepas mengalami kecederaan kaki buat kali kedua dalam tempoh enam bulan. - Foto AFP

Neuer tersisih hingga Januari

BERLIN: Penjaga gol Bayern Munich dan Jerman, Manuel Neuer terpaksa diketepikan sehingga Januari depan, selepas mengalami kecederaan kaki buat kali kedua dalam tempoh enam bulan.

Bayern dalam satu kenyataannya menjelaskan penjaga gol berusia 31 tahun itu mengalami 'kecederaan patah tulang metatarsal yang berulang di kaki kiri' ketika menjalani latihan, semalam.

Dia sudah menjalani pembedahan untuk memasukkan besi pada tempat yang cedera itu, hari ini.

Ini adalah kali kedua Neuer mengalami kecederaan itu selepas berdepan kecederaan sama pada April lalu.

"Kami bersimpati dengannya atas kecederaan itu," kata Ketua Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

"Pembedahan berjalan dengan lancar dan itu adalah perkara lebih penting buat masa ini. Kami hanya perlu menunggu dia pulih dan dia dijangka akan kembali pada Januari depan."

Bayern yang juga juara liga untuk lima musim sebelum ini kini mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan setakat ini. - REUTERS

Berita Harian X