Rabu, 20 September 2017 | 11:36pm
PEMAIN Kedah, Muhammad Farhan Roslan (kiri) terjatuh ketika diasak pemain FELDA United, Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid
PEMAIN Kedah, Muhammad Farhan Roslan (kiri) terjatuh ketika diasak pemain FELDA United, Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid

FELDA United sekat hajat Kedah

ALOR SETAR: Hajat Kedah menambah tiga mata dalam perlawanan Liga Super di laman sendiri tidak menjadi kenyataan apabila tewas mengejut kepada FELDA United, 1-3 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Belum pun sempat panas, pelawat terlebih dulu memberi kejutan kepada penyokong tuan rumah apabila memperoleh gol seawal minit pertama melalui sepakan percuma Wan Zack Haikal yang menewaskan penjaga gol, Farhan Abu Bakar di sebelah kiri gawang.

Sandro Da Silva hampir menyamakan kedudukan buat Kedah pada minit ke-17 namun sepakan percumanya ditumbuk keluar penjaga gol pelawat, Mohd Farizal Harun.

Sebaliknya, FELDA United dua minit selepas itu menerusi cubaan Thiago Augusto yang merembat masuk selepas membuat larian solo dan melepasi dua pertahanan di sebelah kiri pintu gol Kedah.

LIRIDON Krasniqi (tengah) mengawal bola ketika cuba dihalang dua pemain FELDA United pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid
LIRIDON Krasniqi (tengah) mengawal bola ketika cuba dihalang dua pemain FELDA United pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid

Bagaikan helang terluka, Kedah menemui sentuhan sebenar untuk merapatkan jurang pada minit ke-21 melalui penyerang sensasi, Ken Ilso Larsen yang mudah menolak bola menewaskan Mohd Farizal.

Namun tiga minit sebaik babak kedua bermula, Wan Zack Haikal sekali lagi membolosi gawang Kedah untuk gol ketiga Felda menerusi sepakan percuma yang mengelirukan Farhan di gawang.

Momentum permainan antara kedua dua pasukan di babak kedua menjadi sedikit perlahan apabila pergerakan dan kawalan bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah.

Berita Harian X