Isnin, 25 September 2017 | 1:10am
PENYERANG Brighton, Tomer Hemed (kiri) diasak pemain pertahanan Newcastle United, DeAndre Yedlin pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium American Express Community, sebentar tadi. - Foto AFP

Brighton tundukkan Newcastle 1-0

BRIGHTON AND HOVE: Brighton meraih kemenangan kedua musim ini selepas menundukkan pendatang baharu, Newcastle United 1-0 menerusi gol tunggal akrobatik Tomer Hemed.

Selepas kedua-dua buntu mencari jaringan pada babak pertama, Hemed menjadi pemain pertama yang menyambut tandukan Dale Stephens sebelum dia menyudahkan untuk gol kemenangan Brighton pada minit ke-51.

Pengendali Newcastle United, Rafa Benitez cuba membawa masuk beberapa pemain seperti Jonjo Shelvey dan Dwight Gayle namun mereka gagal memberi impak apabila tidak berjaya mencari gol penyamaan sehingga tamat perlawanan. -Reuters

271 dibaca
Berita Harian X