Khamis, 28 September 2017 | 8:04am
PENYERANG Chelsea, Michy Batshuayi menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Atletico Madrid pada saingan Liga Juara. - Foto Reuters
ALVARO Morata (kiri) menjaringkan gol pertama Chelsea. - Foto Reuters

Ledakan terakhir Batshuayi julang Chelsea

MADRID: Michy Batshuayi meledak jaringan kemenangan dramatik dengan sepakan terakhir perlawanan, ketika Chelsea memberikan Atletico Madrid kekalahan pertama di laman mereka, Wanda Metropolitano dengan kemenangan 2-1 dalam Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Jaringan pemain gantian itu adalah hadiah ke atas persembahan penuh dominasi Chelsea, walaupun ketinggalan hasil jaringan awal Antoine Griezmann menerusi penalti, lima minit sebelum berakhir babak pertama.

Bekas penyerang Real Madrid, Alvaro Morata kembali menghantui Atletico ketika kembali ke ibu kota Sepanyol itu dengan menyambar hantaran lintang Eden Hazard selepas sejam perlawanan.


MICHY Batshuayi (dua dari kiri) menewaskan penjaga gol Atletico Madrid untuk jaringan kedua Chelsea. - Foto Reuters

Dan Batshuayi menamatkan pergerakan penuh sabar pasukan itu pada penghujung aksi dengan menyempurnakan hantaran lintang Marcos Alonso ke penjuru gawang untuk meledak jaringan pada minit ke-94.

"Saya amat gembira dengan pemain saya kerana mereka memang layak bermain seperti ini, tetapi secara keseluruhan kami bermain dengan personaliti," kata pengurus Chelsea, Antonio Conte.

"Anda boleh menang tetapi melakukannya dengan bertahan dan serangan balas pantas tidak memberikan kepuasan.


ANTOINE Griezmann mudah menyempurnakan penalti untuk gol tunggal Atletico Madrid ketika tewas kepada Chelsea pada saingan Liga Juara-Juara. - Foto Reuters

"Untuk datang ke sini dan bermain serta memahami di mana kami berada, jawapan yang kami berikan malam ini sangat positif."

Kemenangan itu memastikan Chelsea mengetuai Kumpulan C dengan enam mata daripada dua perlawanan awal di depan Roma, yang memungut empat mata selepas menang 2-1 mengatasi pendatang baharu dari Azerbaijan, Qarabag. - AFP

1544 dibaca
Berita Harian X