Ahad, 1 Oktober 2017 | 10:29pm
PEMAIN Arsenal meraikan kemenangan selepas menewaskan Brighton 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, malam tadi. - Foto EPA

EPL: Arsenal raih 3 mata lagi

LONDON: Arsene Wenger meraikan ulang tahun ke-21 tahun ketibaannya di Arsenal dengan memastikan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Brighton, di laman sendiri semalam.

Keputusan itu memberikan banyak alasan buat penyokong The Gunners untuk kembali menyatakan sokongan terhadap pasukan mereka, namun hakikatnya pengendali dari Perancis itu bergelut mengembalikan reputasi kelab selepas mengharungi beberapa tahun tanpa kejayaan besar.

Namun masih terlalu awal untuk mengatakan Arsenal mampu menamatkan penantian 13 tahun untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat di bawah kendalian Wenger.

Bagaimanapun kemenangan mudah ke atas Brighton turut beri petanda yang baik buat Arsenal.

Pada perlawanan yang berakhi sebentar tadi, Nacho Monreal membuka jaringan pada minit ke-16 untuk menamatkan babak pertama dengan 1-0 sebelum Alex Iwobi melengkapkan kemenangan selepas menyudahkan peluang yang dicipta Alexis Sanchez pada minit ke-55.

Ketika ini, Arsenal masih kekal tanpa kalah apabila menang enam daripadanya dan satu keputusan seri ketika mengikat Chelsea, pertengahan ini lalu.

Sebelum ini, Wenger pernah mendakwa yang Arsenal kini semakin bersatu dan lebih baik sejak sesi perpindahan pemain berakhir serta kekalahan 4-0 kepada Liverpool.

- AFP

434 dibaca
Berita Harian X