Isnin, 2 Oktober 2017 | 1:05am
PEMAIN Burnley meraikan kemenangan selepas menewaskan Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park, Liverpool, sebentar tadi. - Foto Reuters

Everton dimalukan Burnley di laman sendiri

LONDON: Prestasi buruk Everton di awal musim berterusan selepas tewas 1-0 kepada Burnley, sebentar tadi.

Jaringan tunggak pemain tengah Ireland, Jeff Hendrick pada minit ke-21 menghadiahkan mata penuh buat Burnley.

PEMAIN Everton, Tom Davies (tengah) diasak pemain Burnley, Steven Defour dan Jeff Hendrick pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park, Liverpool, sebentar tadi. - Foto Reuters

Ketika ini, Burnley melonjak ke tangga keenam liga manakala Everton terperosok ke tanggan ke-16.

Terdahulu, jaringan Burnley terhasil selepas satu gerakan menarik yang menyaksikan 24 hantaran tercipta sebelum Hendrick cemerlang melakukan penyudah mengatasi Jordan Pickford. - Reuters

PEMAIN Everton, Wayne Rooney diasak pemain Burnley, Jack Cork pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park, Liverpool, sebentar tadi. - Foto Reuters

Berita Harian X