Jumaat, 6 Oktober 2017 | 10:27pm
BEKAS jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes sah ambil alih tugas pengurus pasukan menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat, baru-baru ini. - Foto AFP
BEKAS jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes sah ambil alih tugas pengurus pasukan menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat, baru-baru ini. - Foto AFP

Heynckes kemudi Bayern Munich

BERLIN: Kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich mengesahkan jurulatih veteran, Jupp Heynckes akan mengambil alih tugas selaku pengurus pasukan sehingga akhir musim ini, menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat.

"Wujud hubungan yang kuat berasaskan kepercayaan antara Jupp Heynckes dan Bayern FC," kata Pengerusi, Karl-Heinz Rummenigge mengenai jurulatih yang pernah membimbing Bayern tiga kali sebelum ini.

"Ketika ini, dia adalah calon jurulatih paling sesuai untuk Bayern," - AFP

Berita Harian X