X
Isnin, 9 Oktober 2017 | 10:10pm
XAVI Hernandez sedia jadi jurulatih pasukan Qatar apabila negara itu menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Foto AGENSI
XAVI Hernandez sedia jadi jurulatih pasukan Qatar apabila negara itu menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Foto AGENSI

Xavi sedia jadi jurulatih Piala Dunia Qatar

DOHA: Xavi Hernandez menyatakan dia bersedia menjadi jurulatih Qatar apabila negara itu menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 dan menyangkal kritikannya dengan mengatakan dia "amat bangga" berada di Doha.

Pemain hebat Barcelona berusia 37 tahun itu, yang kini bermain di Qatar dengan Al Sadd memberitahu dia kini "90 peratus" pasti untuk bersara pada hujung musim ini dan akan meneruskan karier sebagai jurulatih.

Pemenang Piala Dunia itu berkata, dia mahu menjadi jurulatih bagi kejohanan besar.

Ditanya jika itu bermakna menjadi jurulatih Qatar pada 2022, dia menjawab: "Kenapa tidak? Saya rasa bagus untuk menjadi jurulatih di sini bersama pasukan kebangsaan.

"Anda lihat bagaimana nanti. Saya perlukan pengalaman, saya perlukan pegawai, saya perlukan semuanya tapi sekurang-kurangnya saya tahu pemain Qatar, saya tahu persekitaran di sini."

Pemain yang membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010 itu berkata: "Saya berada di sini untuk menolong mereka menjadi lebih bagus, untuk bersaing lebih baik pada Piala Dunia di sini.

"Saya rasa sasaran saya adalah untuk menjadi ketua jurulatih."

Xavi yang juga menyatakan menjadi "impiannya" untuk melatih Barcelona, sudah berada di Qatar sejak 2015.

Dia menandatangani kontrak dua tahun dan menyambungnya selama 12 bulan lagi yang akan berakhir pada 2018. - AFP

Berita Harian X