Rabu, 11 Oktober 2017 | 9:04pm
SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Sofian menunjukkan tiket aksi separuh akhir Piala Malaysia di Pejabat PAFA. - Foto Abdullah Yusof

Tiket Perak-JDT mula dijual esok

IPOH: Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ahad ini akan mula dijual dari jam 9 pagi hingga 5 petang esok.

Tiket berkenaan akan dijual di kaunter pentas utama dan kaunter B Stadium Perak serta di daerah Slim River, Teluk Intan, Manjung, Kerian dan Kuala Kangsar. 

Di Slim River tiket dijual di Stadium Mini Slim River; Teluk Intan (Stadium Mini Teluk Intan); Manjung (Stadium Mini Astaka Setiawan); Kerian (Stadium Mini Bagan Serai); Kuala Kangsar (kaunter tiket Dewan Jubli Perak). 

Sementara itu, jualan tiket di Tapah iaitu di Mini Stadium Tun Ahmad Sarji; Perak Tengah (Mini Stadium Parit); Taiping dan Larut Matang (Pejabat Daerah Larut Matang, Taiping) dan Grik (Stadium Mini Grik), hanya dijual pada Jumaat.

Pada Sabtu dan Ahad, tiket hanya dijual di Stadium Perak iaitu di kaunter pentas utama, kaunter B dan E dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Harga tiket untuk pentas utama ialah RM25 untuk dewasa dan RM12 (kanak-kanak) manakala tempat duduk terbuka RM12 (dewasa) dan kanak-kanak (RM5).

Setiap pembelian dihadkan kepada 5 tiket sahaja.  Tiket-tiket juga boleh dibeli melalui online di http://www.stubapp.com/.

790 dibaca
Berita Harian X