Khamis, 19 Oktober 2017 | 8:02am
PEMAIN Chelsea, Eden Hazard (kanan) muncul penyelamat The Blues selepas menjaringkan gol penyamaan ketika bertemu Roma. - Foto Reuters
Eden Hazard cuba dihalang pemain AS Roma, Bruno Peres (kanan) pada aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stamford Bridge. - Foto EPA

Hazard selamatkan maruah Chelsea

LONDON: Eden Hazard muncul penyelamat Chelsea yang melepaskan kelebihan mendahului dengan dua gol untuk sekadar seri 3-3 menentang Roma dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Antonio Conte itu tampak seakan mampu meraih kemenangan selesa di Stamford Bridge susulan jaringan pada babak pertama David Luiz dan Hazard.

Begitupun, Aleksandar Kolarov meledak sebelum rehat babak pertama untuk kembali meningkatkan moral kelab Serie A Itali itu,


PEMAIN AS Roma, Aleksandar Kolarov melakukan rembatan untuk jaringkan gol pertama pasukan. - Foto Reuters

Bekas penyerang Manchester City, Edin Dzeko kemudian menyumbat gol untuk menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-64 sebelum menjaringkan gol kedua peribadi enam minit kemudian untuk mendahului.

Begitupun kelebihan itu tidak lama apabila Hazard kembali menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea kekal dengan kelebihan dua mata di atas Roma di tangga teratas Kumpulan C namun prestasi yang dipamerkan jelas menunjukkan juara Inggeris itu sedang dipalit masalah.

Conte sebelum ini dilaporkan berulang kali menyuarakan masalah yang dihadapi pasukannya susulan kekalahan 2-1 dalam kempen Liga Perdana kepada Crystal Palace minggu lalu dengan keputusan menyaksikan The Blues gagal raih kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut.


PENJAGA gol Chelsea, Thibaut Courtois (dua dari kiri) gagal menyelamatkan gawangnya selepas dirobek dua kali oleh penyerang AS Roma, Edin Dzeko (kiri). - Foto REUTERS

"Ia perlawanan yang sukar menentang pasukan yang baik. Kami bergelut dalam penguasaan bola dan tidak mudah pada babak pertama sekali pun kami menjaringkan dua gol," kata Conte.

"Perubahan sistem tidak begitu bagus tetapi apabila kamu berada dalam situasi yang sukar kadang kala kamu perlu memperbaikinya." - AFP

1283 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »