Jumaat, 3 November 2017 | 12:43am
PENGURUS England, Gareth Southgate (kiri) memanggil penyerang Swansea, Tammy Abraham bagi perkuat barisan serangan skuad Three Lions berdepan Jerman dan Brazil. - Foto AGENSI

Tiga muka baru perkasa England

LONDON: Penyerang Swansea City, Tammy Abraham muncul antara tiga nama baru yang dinamakan dalam skuad England untuk aksi persahabatan antarabangsa berdepan Jerman dan Brazil.

Abraham yang dipinjamkan ke Swansea mendapat panggilan pertama disamping rakan sepasukan Chelsea Ruben Loftus-Cheek yang kini dipinjamkan ke Crystal Palace dan pertahanan Liverpool Joe Gomez.

Penyerang berusia 20 tahun itu mencuri tumpuan pada awal musim ini apabila mencetak lima gol dalam 13 aksi liga.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu bakal menentang juara dunia Jerman di Wembley pada 10 November ini sebelum menerima kunjungan Brazil empat hari kemudian.

Tonggak versatil Manchester United, Ashley Young turut dipanggil selepas kali terakhir membuat penampilan empat tahun lalu, manakala bek kiri Tottenham Danny Rose kembali pulih daripada kecederaan lutut.

Perancang tengah Tottenham, Harry Winks mengekalkan tempatnya dalam skuad The Three Lions selepas cemerlang dalam penampilan sulung ketika menundukkan Lithuania 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia, bulan lalu. - AFP

Skuad England

Penjaga gol:

Joe Hart (West Ham), Jack Butland (Stoke City), Jordan Pickford (Everton)

Pertahanan:

Ryan Bertrand (Southampton), Danny Rose (Tottenham), Gary Cahill (Chelsea), Phil Jones (Man Utd), Harry Maguire (Leicester), John Stones (Man City), Joe Gomez (Liverpool), Kyle Walker (Man City), Kieran Trippier (Tottenham), Ashley Young (Man Utd)

Tengah:

Eric Dier (Tottenham), Fabian Delph (Man City), Ruben Loftus-Cheek (Crystal Palace), Jordan Henderson (Liverpool), Raheem Sterling (Man City), Harry Winks (Tottenham)

Penyerang:

Marcus Rashford (Man Utd), Jesse Lingard (Man Utd), Dele Alli (Tottenham), Harry Kane (Tottenham), Tammy Abraham (Swansea City), Jamie Vardy (Leicester)

Berita Harian X