Khamis, 16 November 2017 | 10:17am
PERSEKUTUAN Bolasepak Sepanyol mengumumkan La Liga akan menggunakan sistem VAR pada musim depan.

La Liga perkenal teknologi video musim depan

MADRID: La Liga Sepanyol akan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) musim depan, menurut Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF), awal pagi tadi.

"Presiden suruhanjaya teknikal pengadil, Victoriano Sanchez Arminio, memaklumkan kepada semua pengadil divisyen satu dan penolong pengadil mengenai bantuan video itu akan diperkenalkan pada pertandingan musim depan," umum RFEF.

Sanchez Arminio berkata, satu surat kepada pengadil yang mengatakan "ujian yang diperlukan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (badan yang menetapkan peraturan permainan) akan melaksanakan sistem itu tidak lama lagi."

Presiden Liga Sepanyol, Javier Tebas mendedahkan semalam VAR akan digunakan pada musim 2018-2019, seperti di Itali dan Jerman musim ini.

Ia hanya boleh digunakan dengan syarat khusus: ketika menerima kad merah, penalti atau untuk membetulkan kes yang mana identiti pemain yang menerima kad tersilap.

Buat masa ini, Sepanyol satu-satunya negara daripada lima negara utama Eropah - selain England, Jerman, Itali dan Perancis - tidak menggunakan teknologi seumpamanya, sekalipun untuk memutuskan sama ada bola melepasi garisan gol atau sebaliknya. - AFP

274 dibaca
Berita Harian X