Jumaat, 24 November 2017 | 7:13am
FERNANDO Hierro dilantik kembali sebagai pengarah sukan Persekutuan Bolasepak Sepanyol, semalam. Foto AFP

Hierro dilantik pengarah sukan FA Sepanyol

MADRID: Fernando Hierro dilantik kembali sebagai pengarah sukan Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) semalam selepas enam tahun meninggalkan jawatan itu untuk memberi fokus kepada bidang kejurulatihan.

Legenda Real Madrid itu yang menamatkan karier sebagai pemain bersama Bolton Wanderes, pernah menggalas tugas sebagai pengarah sukan dari 2007 hingga 2011 yang menyaksikan La Roja memenangi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.

"Selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga hari ini, Hierro dilantik sebagai Pengarah Sukan RFEF," menurut persekutuan itu dalam satu kenyataan.

Selepas meninggalkan RFEF pada 2011, Hierro menjadi penolong jurulatih kepada Carlo Ancelotti di Real sebelum membimbing pasukan divisyen dua, Real Oviedo.

Bagaimanapun, kehadirannya semula tujuh bulan sebelum Piala Dunia di Russia bulan depan dilihat langkah penting untuk meredakan ketegangan antara pemain utama dalam skuad kebangsaan dengan pihak yang mengetahui persekutuan berikutan penangkapan bekas presiden, Angel Maria Villar Julai lalu kerana tuduhan rasuah.

Sergio Ramos, Gerard Pique and Sergio Busquets antara yang dilaporkan berang dengan pemecatan Maria Jose Claramunt sebagai pengarah pasukan Sepanyol bulan lalu. - AFP

358 dibaca
Berita Harian X