Khamis, 7 Disember 2017 | 12:32am
ROMAN Marcote tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, malam tadi. - Foto Ihsan pembaca

Marcote dah mai

ALOR SETAR : Episod penantian penyokong Kedah yang mengharapkan kepulangan Ramon Marcote ke pangkuan mereka terjawab apabila bekas pengendali skuad Lang Merah itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar malam tadi.

Ketibaan Marcote yang dikhabarkan sekitar jam 9.10 malam tadi diyakini akan terus menghangatkan spekulasi kemungkinan beliau bakal dilantik secara sah sebagai ketua jurulatih Kedah bagi musim 2018.

Melalui gambar yang sempat dirakam penyokong setibanya Marcote di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, beliau kelihatan ceria dan teruja walaupun mengharungi perjalanan jauh dari kampung halamannya di A Coruna Sepanyol.

Berdasarkan maklumat diperolehi sebelum ini, rundingan antara kedua-dua belah pihak diantara Marcote dan KFA dikatakan berjalan dengan lancar dan beliau dijangka tiba di Alor Setar pada awal Disember.

Kehadiran Marcote disini dijangkakan untuk proses rasmi pelantikan sebagai Ketua Jurulatih Kedah untuk musim hadapan.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sudah membuat makluman berkaitan ketibaan Marcote dalam laman Facebook dan dijangkan akan melakukan pengumuman rasmi kemudian berkaitan perlantikan sebagai ketua jurulatih Kedah dalam masa terdekat.

Berita Harian X