Ahad, 10 Disember 2017 | 9:55am
PENYERANG PSG, Angel Di Maria (dua dari kanan) meraikan gol pembukaan bersama rakan ketika menentang Lille pada saingan Ligue 1 di Stadium Parc des Princes, awal pagi tadi. - Foto Reuters

PSG kukuhkan cengkaman di tangga teratas

PARIS: Ketiadaan bintang Brazil, Neymar yang digantung tidak menjejaskan rentak Paris Saint-Germain (PSG) apabila menamatkan aksi hambar mereka apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas Lille dalam saingan Ligue 1, malam tadi.

Angel Di Maria membuka tirai jaringan buat PSG apabila menanduk masuk hantaran lintang daripada Kylian Mbappe pada minit ke-28 sebelum Javier Pastore meledak gol kedua dua minit sebaik babak kedua bersambung.

Anwar El Ghazi memberi sedikit harapan kepada Lille apabila menjaringkan gol pada minit ke-86 untuk merapatkan jurang tetapi Mbappe memastikan kemenangan mutlak buat PSG dengan meledak gol ketiga kelab itu pada masa kecederaan.


PENYERANG PSG,, Kylian MBappe (kanan) diasak pemain Lille pada saingan Ligue 1 di Stadium Parc des Princes, awal pagi tadi. - Foto AFP

"Kami memerlukan kemenangan ini selepas dua kekalahan yang bagi mendapatkan semula rentak dan keyakinan kami. Kami berjaya melakukannya hari ini dan kami gembira untuk kemenangan ini.

"Kritikan adalah perkara biasa dalam bola sepak, semua orang sudah terbiasa dengan perkara ini dan ia menarik reaksi kami " kata tonggak pertahanan PSG, Presnel Kimpembe.

Kemenangan menyaksikan skuad kendalian Unai Emery itu mendahulu liga dengan kelebihan 12 mata di depan Lyon, Monaco dan Marseille.

Ia juga memastikan PSG memasuki saingan tahun baru dengan kedudukan petama di Perancis.

"Saya gembira dengan persembahan ditunjukkan pemain," kata Emery yang masih kekal rekod tanpa kalah di laman sendiri sejak mengambil alih tugas sebagai jurulatih PSG pada Jun tahun lalu.

"Kami mengawal perlawanan lebih baik berbanding dua perlawanan terakhir liga sebelum ini menentang Troyes dan Strasbourg." - AFP

892 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »