Rabu, 13 Disember 2017 | 7:22am
PEMAIN Burnley, Ashley Barnes menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Stoke City, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Burnley pintas trio 'gergasi EPL'

LANCASHIRE: Jaringan emas lewat permainan Ashley Barnes melonjak Burnley ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menjinakkan Stoke City 1-0, sebentar tadi.

Meskipun Stoke meraih banyak peluang terhidang, namun aksi di Turf Moor itu seakan berkesudahan tanpa jaringan sebelum Barnes meledak gol kemenangan pada minit ke-89.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Sean Dyche mengumpul 31 mata daripada 17 perlawanan untuk memintas sementara Tottenham Hotspur, Arsenal dan Liverpool.

AKSI Ashley Barnes (kanan) melepaskan rembatan untuk jaringkan gol di Turf Moor, sebentar tadi. - Foto REUTERS

JOE Allen (kiri) diasak pemain Burnley, Charlie Taylor. - Foto REUTERS

Ia menambah duka kepada Stoke yang cuba memberi reaksi positif selepas kekalahan besar 5-1 di Spurs pada Sabtu lalu.

Hanya palang menghalang Peter Crouch menghadiahkan pelawat jaringan awal ketika Kurt Zouma dan Mame Diouf turut mensia-siakan peluang terhidang. - Reuters

PENYERANG Stoke City, Peter Crouch (kanan) melakukan percubaan ke arah gawang Burnley, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Berita Harian X