Rabu, 13 Disember 2017 | 7:53am
JAMES McArthur meraikan gol kedua Crystal Palace ketika bangkit menewaskan Watford, sebentar tadi. - Foto Reuters
JAMES McArthur meraikan gol kedua Crystal Palace ketika bangkit menewaskan Watford, sebentar tadi. - Foto Reuters

Palace bangkit bergaya

LONDON: Crystal Palace berjaya keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bangkit menundukkan Watford 2-1, sebentar tadi.

Ketinggalan seawal minit ketiga menerusi jaringan Daryl Janmaat, Palace seakan berputih mata tatkala Watford melepaskan beberapa peluang untuk menambah jaringan.

Bagaimanapun, aksi kembali seimbang selepas Bakary Sako mengikat kedudukan pada minit ke-89, hanya dua minit selepas tonggak tengah Watford Tom Cleverley dilayangkan kad merah.

PEMAIN Watford, Tom Cleverley dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. - Foto Reuters
PEMAIN Watford, Tom Cleverley dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. - Foto Reuters

Suasana Selhurst Park kemudiannya bertukar menjadi pesta apabila larian cantik Wilfried Zaha tenang disudahkan James McArthur untuk gol kemenangan masa kecederaan.

Palace kini tidak tewas dalam enam aksi terakhir liga untuk melonjak ke tangga ke-17 dengan 14 mata. - REUTERS

PEMAIN Crystal Palace, Andros Townsend (kanan) mengasak pemain Watford, Tom Cleverley. - Foto Reuters
PEMAIN Crystal Palace, Andros Townsend (kanan) mengasak pemain Watford, Tom Cleverley. - Foto Reuters

Berita Harian X